Wednesday, November 9, 2011

~ Hati Perempuan ~

~ Setiap kali diuji dengan ujian....sedar2 kita mesti terasa jauh dariNya....saat seorang perempuan dalam kecelaruan, banyak syaitan yang ingin turut "membantu" menambah kecelaruan tersebut...tetapi dahan yang disangka tempat untuk berteduh pula melarikan diri dan tidak berpaling lagi..untuk sekeping hati seorang perempuan, terlalu mudah tersentuh oleh kata2 nista oleh insan yang memberi harapan....tetapi adakah ianya salah perempuan? Aku simpati apabila melihat kaum sejenisku mengalirkan airmata duka kerana seorang lelaki yang bukan miliknya....aku juga bersimpati dengan naluri seorang lelaki yang menganggap hati perempuan itu seperti pualam...yang boleh digolek ke sana dan ke sini tanpa belas simpati....saat mulut menutur janji manis, rayuan demi rayuan dilontarkan tanpa mengingati sebarang risiko yang bakal dilalui...tetapi apabila berjaya memiliki sekeping hati yang terlalu rapuh, senang pula dibuang ke tepi....adakah sememangnya perempuan hanya untuk dijadikan alas kaki tempat lelaki mengeringkan kaki yang penuh daki? Dari dulu sehingga kini persepsi lelaki tetap sama...wanita yang baik itu dinilai secara luaran...tetapi tidak dilihat dalaman nurani dan keikhlasan hatinya....ya, benar, perempuan di sekelilingku terlalu hanyut dibuai kata2 sayang dan cinta lelaki tanpa menyedari bahawa nistanya kata itu bila2 masa sahaja akan menjadi belati menikam diri...semoga semua perempuan yang berada bersma2ku akan terhindar daripada sebarang kelukaan yang maha dasyat...dan diberikan seorang lelaki yang akan menjadi pelindung abadi hingga ke syurga nanti....insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment